Peribahasa Arab
# Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11)
menjelaskan bahawa al-mathal ialah:
قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة.
(kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul
maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).
# terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), contoh : السرّ أمانة
2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu
disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada
sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya
didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.Contoh : اليد العليا خير من اليد السفلى
3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang
dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan
cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.
Teknik Menterjemah Peribahasa
1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang
seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh:
جزاه جَزَاءَ سِنِمَّا diterjemahkan kepada susu
dibalas tuba.
قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum
hujan.
2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:
ماءُ الوجه diterjemahkan terus kepada air muka.
عَيْنُ القلبِ
diterjemahkan kepada mata hati
شهر العسل diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ diterjemahkan kepada ulat buku.
3. Teknik memperjelas makna.
Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih
diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang
dalam bahsa Arabnya dipanggil شركة
خطوط جوّية/هوائية
4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif
digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:
هديّة تذكارية diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.
# Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul
dengan masyarakat sumber.
3. Gunakan kamus
-norsolehah ishak-
No comments:
Post a Comment