Tuesday, 7 June 2016

Padanan Terjemahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

صباح الخير

In shaa Allah, pada hari ini admin akan menghuraikan tajuk PADANAN TERJEMAHAN


Menarikkan tajuk kita hari ni?

okay, apa yang saudari atau saudara faham mengenai istilah yang admin sebutkan tadi?

-hehe.. sebenarnya, penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik / ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang berotonomi. Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistik aspect of translation.

Nida (1964 )  telah memperkenalkan 2 jenis padanan :-

- padanan formal
- padanan dinamis

Apa itu yang dimaksudkan sebagai PADANAN FORMAL?
.
.
Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal
.
.
Kesannya di situ, hasil terjemahan akan terasa janggal bagi pembaca. Hal ini disebabkan si penterjemah menterjemah secara bulat-bulat. Contohnya: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
.
.
Sehinggakan si pembaca juga perlu merujuk kepada teks asal disebabkan tidak mempunyai asas yang kukuh dalam memahami bahasa sasaran dan bahasa sumber.


Apa pula yang dimaksudkan dengan PADANAN DINAMIS ?
.
.
Penterjemah lebih mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran, penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal, hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri, lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
.
.
Tujuan utama ialah menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
.
.
Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlulah membuat pengubahsuaian dari aspek tatabahasa.
.
.
Padanan Dinamis memberi impak yang lebih jelas kepada pembaca kerana pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya sasaran juga penting.


                                      PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT

-Nida (1964 ) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.

-ditulis seolah-olah dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk - bentuk bahasa sumber

- Nida ( 1964 ) juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan :

  • satu lawan satu
  • satu lawan banyak
  • banyak lawan satu
  • satu lawan tiada 


- Antara contoh yang dikemukakan oleh Ainon Mohd ( 1987 ) :-

  • terdekat tapi tidak sejadi  - pulut kuning dipadankan dengan yellow rice
  • sejadi tetapi tidak terdekat - doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu )
  • terdekat yang sejadi - lawyer dipadankan dengan peguam
                
                                             STRATEGI MENCARI PADANAN

-Menurut Kader & Low Bee Eng ( 1991 ) mengutarakan :
  • label linguistik yang sesuai perlu dicari
  • label linguistik yang digunakan perlulah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sumber
  • padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.

Sekian sahaja dari admin penerangan serba sedikit mengenai Padanan Terjemahan. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pembaca .

Ramadhan Kareem

(ezah umi khalsum)

No comments:

Post a Comment