Friday, 24 February 2017

๐ŸŒน Kampung Ayer ๐ŸŒน

Dikenali sebagai The Heart of Brunei dan merupakan kampung yang air yang terbesar di Asia Tenggara kerana memuatkan 20 ribu orang penduduk .
Penduduk di sini walaupun rumah kayu dan ditepi laut , tapi masih dilengkapi dengan  kemudahan aircond dan astro ! Hebat bukan ?
Di dalam Kampung Ayer sendiri turut terdapat beberapa lagi pecahan buah kampung . Tak ingat nama . Maaf ๐Ÿ™‡ Ada sekolah rendah, sekolah menengah , klinik , surau , saluran air sendiri (macam dalam gambar, tu rumah orang tau!) Menurut pakcik (pemandu bot), penduduk disini hanya perlu bayar $20 untuk kemudahan elektrik dan air. Kerajaan sangat sangat membantu rakyat mereka sendiri ๐Ÿ˜Ž

Perkhidmatan kesihatan pula, hanya perlu bayar $1 untuk pendaftaran . Ubat dan rawatan adalah percuma. Untuk pelajar & guru ke sekolah pula ada bot khas sendiri . Bot warna merah , guru dan pelajar tak perlu bayar . Kerajaan bayar gaji kepada pemandu bot sekolah $120 sehari (hanya untuk penduduk Brunei sahaja). Area sini ada hutan paya bakau masih dipelihara sehingga kini dan pada waktu malam kelip² akan keluar katanya. Kami bernasib baik sebab berjaya tengok buaya air masin . Hahaha ๐Ÿ˜‚ bila buaya tu bergerak cepat² kami minta pakcik bot cepat beredar . Seram ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Hairannya, @cheahishak steady juga walaupun takut biawak . Biawakkan ala² buaya ๐ŸŠ๐ŸŠ

No comments:

Post a Comment