Friday, 24 February 2017

๐ŸŒน Happy Brunei's 33th National Day (23/2/17) ๐ŸŒน

Pengalaman pertama tengok sambutan hari kemerdekaan sedangkan di Malaysia pon diri ni sebenarnya tak pernah tengok ๐Ÿ˜ข

Bermula dengan malam tu @nursakinah96 ajak pergi tengok Kampung Ayer walaupun dalam hati teringin sangat nak pergi Dataran Omar Ali Saifuddin tapi takde siapa yang sudi nak tumpangkan kami pergi sana (mungkin jumlah kami yg terlalu ramai ). Janji dengan pak cik bot, pukul 8 a.m. ambil kami depan pasar basah .(terima kasih sakinah sebab sudi ajak akak2 ๐ŸŒน) Pagi tu kalut sebab bergerak pkul 7.30 a.m rupanya. Ingatkan pakcik main2 rupa-rupanya dia sngat on time! MasyaAllah! Kalau korang tahu yang orang Brunei sebelum ni kalau janji pukul 2pm , pukul 3pm baru sampai ๐Ÿ˜ก

Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah disambut tanpa alunan muzik berbeza dengan Malaysia. Menurut @qilakarim_haura , Sultan diarak dengan dimulai kereta lama sehinggalah ke kereta moden . Tiada jet pejuang , tiada maskot dan kurangnya gimik persembahan kebudayaan tapi penuh dengan ciri Islamik ! ๐Ÿ’•

Perbarisan terdiri daripada pelbagai organisasi , perkhidmatan awam & swasta, universiti , sekolah², penghulu, ketua kampung , menteri daerah . Ramai bukan ?
Walaupun semasa perarakan dan persembahan , hujan dengan lebatnya rakyat masih setia di atas padang menyanyikan lagu kebangsaan Brunei . Jujur , menangis juga tadi . Rindu Malaysia Rindu

No comments:

Post a Comment